Program Ceria Ke Kuliah

Program Ceria ke kuliah ini adalah kerjasama diantara Unit Psikologi dan Kaunseling dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama pelajar Unit T. Program telah diadakan pada 2 Mac 2018 di Dewan Seri Melati. Antara objektif kursus ini adalah untuk melihat persediaan pelajar-pelajar dalam menghadiri kelas pada setiap hari. Persediaan ini meliputi persediaan emosi, fizikal, jasmani. intelek dan rohani. Satu instrumen digunakan dalam mengukur tahap emosi pelajar adalah Inventori DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale). Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan kepentingan pengurusan diri sebelum ke kuliah agar sesi pembelajaran dapat dinikmati secara harmoni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *