Program Motivasi Pelajar Tahun 6, SK Pakatan Jaya bersama PRSd IPG Kampus Ipoh

Barisan Fasilitator PRSd IPG Kampus Ipoh
Sesi fotografi bersama guru-guru SK Pakatan Jaya
Diantara aktiviti yang dijalankan
Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh En. Mohd Nazri Saad, Pegawai Kaunseling IPG Kampus Ipoh
Slot Restu bersama ibubapa di penghujung program
Pelajar-pelajar bersedia untuk Majlis Penutup

Program motivasi ini telah diadakan pada 27 Januari 2018 di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya. Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) diberi amanah untuk menguruskan program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 167 orang pelajar tahun 6 yang terlibat dari pelbagai kaum. Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) IPG Kampus Ipoh seramai 20 orang. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah motivasi, aktiviti dalam kumpulan dan aktiviti riadah. Diantara objektif program ini adalah untuk memberi suntikan motivasi melalui aktiviti yang dijalankan dan perkongsian pengalaman bersama barisan fasilitator dalam membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Diakhir program pelajar dikumpulkan bersama ibubapa dan guru-guru untuk sesi muhasabah dan bermaafan sebagai tanda simbolik restu ibubapa dan guru-guru. Terima kasih kepada pihak sekolah keranan memberi kepercayaan kepada IPG Kampus Ipoh untuk mengendalikan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *