Pengenalan Jabatan

Latar Belakang

 

Jawatankuasa keutuhan di peringkat kabinet telah memutuskan semua kementerian menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan dan pemulihan untuk membantu menangani masalah salahlaku di kalangan kakitangan. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah bertindak menubuhkan Unit Kaunseling dan Keutuhan pada tahun 2002 di bawah Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan SPP bil. 1/1999. Seterusnya pada Januari 2006, jawatan Kaunselor Pentadbir telah diwujudkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasmi di Institut Pendididkan Guru seluruh  Malaysia.

Melalui penstrukruran semula, Cawangan Kaunseling dan Keutuhan kini dikenali sebagai Bahagian Psikologi dan Kaunseling pada tahun 2008 dan jawatan Ketua Unit Kaunseling telah diwujudkan bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling berteraskan kaunseling yang  berkesan dan professional. Fungsi dan peranan Unit Psikologi dan Kaunseling ini adalah untuk mempertingkatkan mutu kerja, potensi dan kesejahteraan modal insan di Institut Pendidikan Guru. Seterusnya mulai tahun 2010 jawatan Kaunselor Pelajar dan Kaunselor Pentadbir telah diwujudkan di Institut Pendidikan Guru sluruh negara bagi memantapkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling.