Piagam Pelanggan Unit

Piagam Pelanggan Unit

  1. Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta 1998 (AKTA 508).
  2. Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh SEPULUH (10) minit.
  3. Memberi perkhidmatan Kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh SATU (1) hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien.
  4. Memastikan Laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja atas permintaan klien.
  5. Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh TIGA (3) hari selepas diambil dan permintaan klien.