Aluan KJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Ipoh memainkan peranan dalam kesejahteraan modal insan selaras dengan visi dan misinya, “Insan sejahtera warga harmoni emosi seimbang” dan “Pembestarian perkhidmatan psikologi  dan kaunseling untuk memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Pelaksanaannya merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi aspek penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi dengan menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu dan organisasi berkaitan dengan perkhidmatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis yang merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan agar dapat diperkasakan ke tahap yang optima.

Di samping itu, mengaplikasikan psikologi dan kaunseling dalam penilaian personel dengan membantu pengurus sumber manusia memahami minat, personality, emosi, sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi. Apllikasi ini direalisasikan semasa  pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.

 

Pn. Siti Mariam binti Jaafar

Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling